Monday, June 14, 2010

SALAM PERTEMUAN


Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Buat pertama kali, Berita Wilayah TV1 RTM mengadakan laman blog sendiri bertujuan mendekatkan diri dengan semua penonton, untuk bersama-sama berkongsi pendapat dan buah fikiran demi manfaat bersama.

Moderator laman blog ini akan mengemaskini maklumat dan info terkini yang berkaitan dengan isu semasa dan rakyat.

Isu yang dipapar di laman ini, sama ada akan ada kaitan dengan beberapa laporan berita yang disiarkan pada hari tersebut, atau menyentuh isu-isu sampingan lain yang berkaitan.
Laman blog ini tidak bermaksud untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan jika berlaku sebarang isu atau elemen yang menjurus ke arah itu, ia semata-mata tidak disengajakan dan jauh daripada mempunyai agenda tersembunyi.

Bertepatan dengan moto Berita Wilayah itu sendiri - "TELUS KEPADA ANDA" - semua yang dipaparkan di laman ini, seboleh-bolehnya tidak akan mempunyai kepentingan individu, melainkan demi memenuhi kepentingan semua.

Segala pandangan dan cadangan yang dirasakan baik dan perlu, samaada untuk penambahbaikan penyampaian Berita Wilayah setiap 5 hingga 6 petang di TV1 RTM, atau sekadar berkongsi pendapat mengenai isu yang diketengahkan, sangat-sangat dialukan.

Laman blog ini bagaimanapun menolak sebarang cadangan atau pandangan yang dikesan mempunyai maksud tertentu yang tidak baik dan cenderung untuk menimbulkan sebarang provokasi, serangan peribadi, komen tidak membina, apatah lagi sebarang kenyataan berunsur fitnah.

Diharap mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada anda semua.

Selamat Melayari Laman Blog Berita Wilayah.

Moderator ....